Sertai Kami
GESB telah melahirkan sejumlah usahawan berjaya sejak tahun 1999. Sama ada anda ingin mendapatkan diskaun produk, menjana pendapatan sampingan ataupun menjalankan perniagaan sendiri, kami bersedia membantu dalam mencapai impian anda.
Kelebihan Pelan Pemasaran GESB
Pelan pemasaran kami telah diolah untuk menjana pendapatan lebih untuk jangkamasa yang lebih panjang. Anda tidak dibebankan dengan keperluan modal tinggi seperti perniagaan rangkaian yang lain.
- Penekanan Kepada Membina Rangkaian - Pembinaan rangkaian & jualan di dalam sebuah rangkaian akan menentukan penerimaan bonus oleh rakaniaga dan ianya menepati ciri-ciri e-MLM yang telah digariskan oleh Kementerian
- Tidak Perlu Membuat Pembelian Pukal - Hanya memadai dengan membuat belian minima seperti yang termaktub di dalam Pelan Pemasaran GESB
- Kepelbagaian Bonus - Ganjaran disediakan untuk menjadi ahli, menaja ahli, mengguna, mengekalkan BV bulanan dan menjual
- Hanya Bina 3 Kumpulan Untuk Mencapai Pangkat Tertinggi - Lebih mudah dicapai dan praktikal untuk memfokus dan membantu kumpulan bawahan
- Akumulatif Dan Tidak Turun-Naik - Kenaikan pangkat adalah secara himpunan BV bulanan tanpa had masa dan tidak berubah
- Keistimewaan Menjadi Ahli GESB - Dilindungi khairat kematian dan menikmati latihan asas secara percuma
- Sistem Ganjaran Bonus Yang Adil - Rakaniaga berpangkat rendah mampu menikmati bonus yang lebih besar sekiranya rangkaian bawahan berkembang aktif dengan baik (Bonus Generasi)
- Dana Yang Tidak Akan Luput dan Terkumpul - Dana Emas akan dihimpun setiap bulan dan ganjaran boleh ditebus
- Menikmati Imbuhan Hasil Daripada Keuntungan Syarikat - Keistimewaan ini dinikmati oleh rakaniaga yang berpangkat Duta Emas
- Boleh Diwarisi
- Sistem Latihan Yang Dinamik
Daftar Sebagai Ahli
Daftar secara online sekarang dan staf kami akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Dari 14 Januari hingga 30 April 2019, dapatkan 1 unit Femmina dan 25BV apabila anda menyertai Gamat Emas Sdn Bhd!
Muat turun borang
Anda juga boleh menaik turun borang permohonan untuk dicetak. Poskan borang yang telah siap diisi bersama dengan pembayaran keahlian ke pejabat utama kami.
8 Ganjaran Bonus
Setiap ahli digalakkan mengekalkan minima 50BV setiap bulan sebagai melayakkan anda menerima Bonus Prestasi. Jika anda melakukan pembelian yang minima, anda digalakkan mengekalkan 50BV pembelian sama ada anda guna pakai sendiri atau untuk keluarga. Jika anda kekalkan 50BV anda dikira ahli yang aktif dan layak memohon khairat kematian jika aktif 3 bulan berturut turut. Di samping itu juga, penyata akan dikeluarkan dan pos ke kediaman anda jika mendapat 50BV ke atas.
Apakah maksud BV?
Bagi yang sudah biasa dengan perniaggan MLM pasti sudah tahu istilah BV ini. BV adalah singkatan kepada Bonus Value. Setiap keuntungan dalam sistem ini tidak dikira berdasarkan Ringgit Malaysia (RM), tetapi ia dikira sebagai BV (kecuali untung runcit). Nilai BV bagi setiap produk adalah berbeza-beza dan tidak boleh bersandarkan kepada harga. Nilai BV ini hanya ditetapkan oleh syarikat.
Kekalkan 50BV (Pengedar)
Untung Runcit 15-25%
Bonus Jualan Cemerlang 4%
Bonus Prestasi 16%
Kekalkan 100BV (Manager dan ke atas)
Bonus Perkembangan Kumpulan 20%
Bonus Generasi 20%
Dana Emas 10%
Bonus Kepimpinan Duta 25%
Bonus Kongsi Keuntungan 3%