Jus dan serbuk spirulina

Kebaikan Spirulina, Makanan Kesihatan Semulajadi

Spirulina adalah antara makanan sampingan kesihatan yang paling popular di muka bumi. Malah ianya juga digunakan sebagai makanan tambahan di dalam industri akuakultur, akuarium dan penternakan ayam.

Pakar nutrisi menggelarkannya sebagai ‘superfood‘. Mari kita kaji apakah kebaikan spirulina dalam menjamin kesihatan tubuh kita.

Apa itu Spirulina?

Tablet spirulina
Tablet Spirulina (Wikipedia)

Spirulina dihasilkan dari kelompok algae biru-hijau yang membiak secara semulajadi di dalam tasik tropikal yang bersih. Tasik yang penuh dengan algae ini biasanya juga mempunyai warna biru-hijau pekat yang sangat cantik. Terdapat juga spirulina yang dibiakkan dalam kolam dan tasik buatan manusia untuk tujuan ternakan.

Penggunaan Spirulina terawal yang dikenalpasti bermula pada kurun ke 16 di mana ianya digunakan sebagai makanan harian oleh puak Aztec di Amerika Selatan (kini Mexico). Apabila para saintis Barat menemui semula Spirulina di sekitar tahun 1960-an, ianya mula dikaji secara terperinci di mana khasiat dan kebaikan spirulina terhadap kesihatan tubuh manusia dan haiwan makin dikenalpasti.

Spirulina yang telah dikeringkan mengandungi 60 hingga 70 peratus zat protein. Selain itu, ianya juga merupakan sumber amino asid yang lengkap. Lain-lain zat yang terkandung dalam spirulina adalah kalsium, zat besi, magnesium, vitamin A, E dan K. Dari sini kita dapat lihat bahawa spirulina lebih berkesan dalam membekalkan kita dengan zat tambahan berbanding kebanyakan multivitamin yang dijual di farmasi.

Unutk mereka yang tidak memakan daging (vegetarian atau vegan), spirulina adalah makanan tambahan yang sesuai untuk melawan kekurangan zat besi dalam diet harian mereka.

Kebaikan Spirulina

Sebagai salah satu ‘superfood’ yang terbukti berkesan, spirulina memberikan sangat banyak faedah dan manfaat untuk kesihatan kita. Berikut adalah antara kebaikan spirulina:

  • Memberi tenaga lebih – Spirulina meningkatkan kadar metabolisma badan kita. Ini akan menyebabkan badan kita membakar bahan makanan dengan lebih cepat.
  • Mengurangkan keletihan – Kadar metabolisma yang lebih tinggi juga akan menyebabkan badan terasa lebih aktif dan kurang rasa kelesuan.
  • Mengurangkan selera makan
  • Mengurangkan berat badan – Dengan kadar zat yang sangat tinggi berbanding jumlah kalori, ia dapat membantu anda mengurangkan jumlah makanan sambil mengekalkan jumlah zat.
  • Menguatkan sistem imunisasi badan – Oleh kerana spirulina membantu penjanaan semula sel badan, ia berkesan dalam mempercepatkan penyembuhan luka dan mencegah jangkitan kuman.
  • Membantu penghadaman makanan – Senang dihadam kerana sel spirulina tidak mempunyai lapisan luaran yang tebal. Di samping itu, ia membantu untuk mengekalkan kandungan bakteria sihat yang hidup dalam usus kita.
  • Menyokong fungsi jantung, limpa dan buah pinggang
  • Menapis toksin dalam badan – Ia mempunyai kandungan klorofil yang tinggi. Klorofil merupakan satu agen nyahtoksin yang sangat berkesan.
  • Antioksidan – Di dalam proses badan kita menukarkan makanan menjadi tenaga, ia akan menghasilkan bahan sampingan yang dipanggil radikal bebas. Dalam jumlah yang banyak, radikal bebas boleh menyebabkan keradangan kepada bahagian dalam tubuh kita. Antioksidan dapat melawan agen radikal bebas dan mencegah keradangan.
  • Mengawal keseimbangan kadar pH dalam badan
  • Membantu kesihatan mata – Ia mengandungi 10 kali ganda Vitamin A per gram berbanding lobak.

Cara Pengambilan Spirulina

Spirulina boleh didapati dalam bentuk serbuk yang boleh dicampur dengan jus, salad, aiskrim dan lain-lain jenis makanan. Apabila dicampur spirulina, warna makanan anda akan menjadi biru kehijauan.

Tablet atau pil merupakan salah satu cara mudah untuk mengambil spirulina. Ianya boleh dimakan terus dan mempunyai rasa seakan kuaci.

Anda juga boleh mendapatkan spirulina dalam bentuk larutan jus yang lazat seperti C3 Spirulina keluaran GESB. Produk ini juga mengandungi Vitamin C dan Coenzim Q10 yang meningkatkan lagi kesejahteraan tubuh badan.

Hubungi stokis GESB terdekat anda untuk mendapatkan C3 Spirulina anda!

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart