Khasiat dan Kebaikan Gamat

Sejak lebih dari 1000 tahun yang lalu, manusia telah menggunakan gamat sebagai salah satu ramuan penting dalam menghasilkan ubatan tradisional. Sumber dari dinasti Ming (1360 S.M) menggelar gamat sebagai Ginseng Laut disebabkan oleh manfaat yang terkandung dalam gamat.

Di zaman moden ini, terdapat banyak pula kajian saintifik yang dijalankan untuk mengukuhkan lagi faedah gamat.

Mari kita lihat sebahagian dari khasiat dan kebaikan gamat untuk menjamin kesihatan tubuh badan anda.

Menjaga kesihatan gusi

Ubat gigi yang ditambah dengan ekstrak gamat telah dibuktikan bermanfaat untuk mereka yang mempunyai penyakit gusi. Dalam satu kajian, pesakit gingivitis kronik dan periodintitis yang diberi ubat gigi mengandungi gamat telah menunjukkan pengurangan dalam pembinaan plak dan pendarahan gusi.

Mengawal Kolestrol

Kajian Journal of Agricultural and Food Chemistry in 2002 telah menunjukkan gamat mengurangkan LDL (kolestrol negatif) dan meningkatkan HDL (kolestrol positif).

Mencegah Barah / Kanser

Gamat mengandungi cytotoxic triterpene diglycosides yang dibuktikan melawan sel kanser, termasuk kanser kulit, prostat dan barah buah dada. 

Satu lagi kajian menunjukkan satu spesis timun laut mengandungi zat yang mencegah sel kanser limpa.

Meningkatkan Kesihatan Hati dan Limpa

Beberapa kajian ke atas haiwan telah menunjukkan bahawa gamat mampu meningkatkan kesihatan hati dan limpa.

Tikus yang telah diberi makanan dengan kandungan gamat yang tinggi mempunyai tekanan darah yang lebih rendah.

Dalam satu kajian lain, tikus-tikus ini telah mengurangkan kerosakan limpa, dan meningkatkan kesihatan hati dan buah pinggang.

Mencegah Bakteria

Salah satu spesis timun laut mempunyai sifat mencegah fungus dan bakteria seperti E.coli dari merebak. Satu lagi kajian menunjukkan timun laut melawan sepsis yang disebabkan oleh pelbagai bakteria.

Lain-lain Khasiat Gamat

Gamat sangat berkhasiat untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran. Kajian juga mendapati gamat berupaya membantu mencegah penyakit jantung, mengurangkan keradangan, penahan sakit, mencegah dan mengawal kencing manis serta tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit sendi, meredakan ulser dan gastrik serta berpotensi merawat jangkitan kulit. Gamat turut mengandungi  antioksidan semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas punca kerosakan dan kemerosotan sel.

  • Kajian ke atas tikus telah menunjukkan bahawa gamat mampu menghilangkan kesakitan dalaman apabila ekstrak gamat dos tinggi disuntik ke dalam badan.
  • Kajian menunjukkan bahawa gamat mengandungi segala asid lemak yang diperlukan dalam membaikpulih sel tisu (“Fatty acid compositions in local sea cucumber, Stichopus chloronotus, for wound healing”. General Pharmacology.)
  • Alat pembedahan yang dibuat dari bahan nanokomposit berasaskan gamat mengurangkan kesan parut ke atas otak.
  • Zat lektin dari satu spesis gamat telah dibuktikan untuk memperlahankan penyebaran parasit Malaria.
  • Kajian juga mendapatkan gamat ini berupaya mengawal penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, barah dan gangguan sendi khususnya sakit lutut.

Leave a Reply