Lembaga Pengarah
PENGARAH URUSAN GESB
Tn. Hj Rosedy bin Issa
Tn. Hj. Rosedy Issa mempunyai pengalaman kerja yang luas di dalam bidang pengurusan. Beliau telah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Penyelidik di University of Sheffield, United Kingdom pada tahun 1977. Selain itu, pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya pada tahun 1980. Beliau berkelulusan Bachelor of Science (Hons) di dalam bidang Mathematics & Science Computer dan Master of Science (Computer Control & System Engineering) di University of Sheffield, United Kingdom. Beliau adalah Presiden MDDA bagi tahun 2013 – 2017, manakala sebelumnya adalah Timbalan Presiden MDDA bagi tahun 2009-2013. Dan kini sebagai Immediate Past President sejak tahun 2017 sehingga sekarang. Selaku Pengarah Urusan GESB, beliau berperanan sebagai peneraju syarikat yang bertanggungjawab membangun dan melakar hala tuju syarikat yang lebih unggul, cemerlang dan gemilang.
Peneraju Syarikat
PENGARAH EKSEKUTIF GESB
Tn. Hj Roselan bin Issa
Tn. Hj. Roselan Issa merupakan pemegang ljazah Kejuruteraan Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia. Beliau memulakan karier sebagai Juruanalisa Sistem di Sepakat Computer Consultant Sdn. Bhd. pada tahun 1982. Pernah menyertai beberapa syarikat ternama sebagai Pengarah Projek di Keretapi Tanah Melayu, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak, Pejabat Setiausaha Negeri Perak, Jabatan Akauntan Negara, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tenaga Nasional Berhad dan sebagainya. Beliau berpengalaman menghadiri konvensyen antarabangsa antaranya seperti ‘COMDEX 1998’ Las Vegas, ‘International Oracle User Week’ (1989, Dallas, USA), ‘International Oracle Users Group’ (1992, San Francisco, USA) selain pernah mengendalikan beberapa projek seperti ‘IT Strategic Planning {ISP)’ dengan usahasama Price Waterhouse untuk Universiti Malaya dan Kementerian Kewangan. Selaku Pengarah Eksekutif yang memiliki kepakaran dan pengalaman yang luas sebagai Penganalisis Sistem Komputer, Roselan Issa adalah penjana inovasi yang bertanggungjawab membangunkan pengaplikasian perisian sistem maklumat di dalam GESB.
Penjana Inovasi
PENGARAH GESB
Tn. Shaifubahrim bin Mohd. Saleh
Tn. Shaifubahrim Mohd. Saleh memiliki pengalaman yang luas di dalam organisasi multinasional seperti IBM, Oracle, Logica, Banyan System dan Data General. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Aironet Wireless dan Cisco System Malaysia. Beliau merupakan ahli aktif kepada Lembaga KICT, Pulau Pinang, di samping menjadi Penasihat PIKOM dan Ahli Lembaga Pengarah bagi Edaran Digital Berhad serta Red Tone International Berhad. Terkini, Shaifubahrim merupakan Pengarah Eksekutif kepada GTek Electronics, subsidari kepada Multimedia Development Corporation dan Pengarah GESB. Sebagai seorang tokoh korporat yang telah berkecimpung dalam bidang ICT sejak 25 tahun, beliau telah merintis bidang tersebut dengan penuh tanggungjawab apabila berjaya membangunkan industri ini di Malaysia, di negara-negara rantau Asia dan Timur Tengah.